Kanser dan perawatan boleh memberikan impact fizikal, mental dan sosial yang dapat memberi kesan kepada badan dan kualiti hidup anda. Program senaman boleh membantu anda untuk mengatasi kesan kesan sampingan dari perawatan kanser dan kajian telah membuktikan bahawa proses senaman ini selamat, sesuai dan berkesan.
Keluarga pesakit mungkin mahu pesakit untuk berehat sepanjang masa, tetapi ini tidak boleh menjadi satu alasan yang terbaik untuk anda supaya tidak melakukan apa apa gerakan pada badan. Senaman mampu dilakukan jika doktor serta jurupulih terapi anda mengatakan ia selamat.
Antara kesan yang baik dari senaman termasuk:
- Kekuatan otot meningkat dan daya tahan badan meningkat.
- membantu memberikan tenaga pada badan secara fisiologi dengan membawa darah darah yang beroksigen hasil dari senaman.
- Membantu peningkatan kepadatan tulang yang lebih baik dan membantu gerakan sendi lebih lancar.
- meningkatkan kekuatan kardiovaskular dan melancarkan fungsi pernafasan
- Memnbantu mengurangkan kesan kesan loya dan muntah-muntah pada sesetengah orang pada rawatan kemoterapi
- Dapat membantu Meningkatkan selera makan
- Dapat membantu pesakit tidur lebih nyenyak dan mempunyai quality tidur yang baik.
- Peningkatan motivasi dan kawalan emosi yang berkesan ke atas hidup anda
- Meningkatkan proses penghadaman yang baik dan sembelit mampu dikurangkan
- mengurangkan tekanan dan meningkatkan hormon endorphin dalam tubuh secara semula jadi dapat memberikan mood yang lebih baik .
Insha Allah dengan senaman ,Manfaat ini boleh membantu dengan pemulihan dan mengurangkan kesan-kesan sampingan yang terjadi ketika rawatan kanser, seperti keletihan, loya, kebimbangan, kemurungan dan kelemahan otot. Senaman dan pemakanan yang baik boleh membantu anda untuk mewujudkan gaya hidup yang sihat, aktif dan membantu anda kembali ke dalam kehidupan harian .
Kajian Ada menunjukkan Senaman boleh membantu menangani badan anda dengan melawan sel sel kanser
Aktiviti fizikal dikaji dapat membantu mengurangkan dengan risiko penurunan kanser tertentu, seperti kaser payudara dan kanser kolon. kajian menunjukkan bahawa senaman boleh membantu badan anda untuk berurusan dengan kanser dan rawatan kanser dengan:
• Meningkatkan sistem imun
• Menggalakkan pengeluaran sel-sel darah putih
• Mengurangkan masa yang digunakan di hospital (dalam sesetengah kes)
• Dalam sesetengah kes, kadar kelangsungan hidup yang semakin meningkat dalam kanser tertentu (seperti payudara dan kanser kolorektal).
Segala yang Allah turunkan penyakit ada ubat ubatnya , ini bermakna kita sebagai hambanya perlu ikhtiar dan mencari penawar penawarnya,
0 Response to "Physiotherapy dan Senaman Vs Kanser"
Post a Comment