Physiotherapy dan Cara Tummy play time




Bismillahirahmanirahim ,
Asalamualaikum , untuk hari ni saya nak share kan suatu teknik atau method yang akan membantu pembesaran anak anak kecil dengan baik ,iaitu kaedah ransangan yang dikenali Tummy Play Time.

Sepanjang menjadi fisioterapi saya banyak belajar dari kawan kawan fisio yang mempunyai kemahiran didalam melakukan rawatan kepada anak anak yang istimewa , tetapi tak sangka pula bahawa teknik ini amat membantu kepada anak anak yang normal juga , selalu ibu bapa pesakit bertanya apa itu tummy Play-time ...

Tummy Play-time – adalah satu teknik ransangan bayi dimana kita  meletakan  bayi di atas perutnya sewaktu bayi tidak tidur sambil diawasi. Tujuan latihan ini yang tidak diketahui umum adalah amat berguna bagi bayi kerana Tummy play-time membantu membina otot-otot kepala, bahu dan leher yang kuat.
Antara kelebihan Tummy play Time adalah
·         membantu mengelak kepala bayi menjadi leper.
·         Tummy play-time menggalakkan bayi  merangkak.
·         Membantu bayi mengurangkan reflex terkejut
·         Melatih bayi yang mempunyai masalah teleng (Torticolis) mendapatkan renggangan secara semula jadi

Berikut adalah teknik dan cadangan aktiviti tummy play-time untuk bayi 3 bulan keatas.
1. Baring bayi di atas perutnya. Berbual mengadap muka bayi atau bunyikan  permainan yang menghasilkan bunyi seperti kerincing agar ia lebih menyeronokkan ,teknik ini membantu perkembangan bayi dengan meransang deria bunyi dan juga reflex yang baik.
2. Baringkan bayi di atas paha / dada / perut ibu bapa bermain dan bercakap dengan bayi anda secara tidak lansung ia akan menambahkan kasih sayang antara ibu bapa dan anak .bayi amat suka keadaan begitu kerana haba dari tubuh badan ibu bapa membantu bayi merasa tenang dan nyaman.
3.Dengan teknik tummy Play time ianya memudahkan ibu bapa melakukan renggangan kepada leher bayi secara natural tanpa mencederakan bayi , terutama bagi bayi yang mengalami masalah torticollis.

Teknik ini saya guna pakai kepada anak bongsu saya yang mengalami masalah leher sedikit ketat dan Alhamdulillah dengan cara yang konsistant masalah ini Berjaya saya atasi tanpa perlu melakukan renggangan yang aggressive buat bayi saya ..wallahuaklam.


Tags :

0 Response to "Physiotherapy dan Cara Tummy play time"

Post a Comment