Asalamualaikum
Hari ni saya nak share sikit salah satu lagi punca yang mengakibatkan sakit belakang iaitu Disc Bulge
Apakah itu Bulging Disk
Ianya merupakan salah satu penyebab kepada sakit belakang ,dan juga sakit leher, salah satu punca yang paling kerap dijumpai di dalam diagnosis sakit belakang.
ianya juga ditafsirkan dalam perubatan sebagai slip disc serta protruding disc .
Tetapi apabila cakera disc ini membengkak dan keluar dari kantung disc ianya dikenali herniated disc.
Bagaimana ianya terjadi
Ada 3 faktor yang berkemungkinan mengakibat kan ianya berlaku , antaranya ialah
- Kelemahan dinding anulous
- tekanan yang kuat pada disc spinal yang menyebabkan dinding anulous koyak
- Trauma atau jatuh.
Kita boleh bahagikan juga permasalahan ini dalam kajian menunjukkan
- Accumulated Microtrauma salah satu penyebab masalah ini berlaku adalah pengulangan trauma yang berterusan seperti poor posture akan menggalakkan masalah ini berlaku.
Kedudukan seperti gambar di atas merupakan posisi yang paling kerap kita lakukan , tahukan anda ianya merupakan penyumbang kepada disc bulge ini .
- tekanan yang Kuat secara tiba tiba , ianya amat mudah dikesan terutama apabila anda terjatuh dengan punggung dahulu atau mengangkat sesuatu yang berat dengan mengejut tanpa membetulkan posisi
Seperti yang ditunjukkan di dalam gambar ianya kelihatan jelas cara yang salah boleh membawa masalah sakit belakang yang sepatutnya boleh dicegah.
Jatuh dengan punggung ke lantai dulu memang merupakan salah satu punca yang paling kerap untuk dapat sakit belakang dan ianya juga merupakan penyumbang kepada masalah sakit belakang ini.
Sakit yang terhasil dari disc bulge ini datang secara perlahan lahan , permulaanya ianya datang dengan rasa kebas dan sakit sakit yang minimal di sekitar belakang dan leher , ianya juga boleh mengakibatkan bahagian badan yang terlibat hilang kekuatan dan juga menjadi tegang. perawatan awal amat digalakkan kerana apabila ianya dirawat awal kita boleh mengelakkan untuk dibedah dan juga mengelakkan sakit itu berpanjangan.
0 Response to "Physiotherapy dan Apakah itu Disc Bulge"
Post a Comment