Assalamualaikum,
Mari kita cerita sikit pasal frozen shoulder , atau dalam erti kata lainya bahu beku...macam pelik je bunyi nya..macam citer frozen yang anak anak aku suka tengok pun macam ada juga..
Apakah itu frozen shoulder?
Jangan anda berfikir dalam bahu anda ada air batu yang mengakibatkan bahu beku ok he he,
Frozen shoulder bermaksud ada berlakunya inflamasi atau bengkak di sekeliling tisu sendi bahu yang akan mengakibatkan bahu anda mengeras , ini adalah kerana tisu tisu yang cedera ini tadi akan mula mengeras serta meninggalkan struktur parut yang tidak rata mengakibatkan adanya limitation dari semua arah segi pergerakkan sendi bahu anda.
Apakah Puncanya ?
Setakat ini punca frozen shoulder tidak dapat dipastikan secara jelas kerana ianya boleh datang dalam pelbagai peringkat , ini kerana pengalaman saya ketika merawat pesakit yang mengalami masalah frozen shoulder ini ,mereka tiba tiba jadi sakit dan keras pada bahu , sedangkan tiada jatuh atau belaku trauma pada anggota bahagian itu.
Tetapi , kebanyakan pesakit yang mempunyai masalah ini ada sejarah seperti cedera , over use atau over stretch , pesakit yang mengalami stroke , pesakit yang membuat pembedahan di bahagian bahu atau mastectomy, kes kes begini boleh menjadi pemangkin kepada permasalahan ini.
Kencing manis juga dikaitkan dengan masalah ini , kerana pengawalan kadar gula dalam darah yang lemah mengakibatkan tisu tisu di sekeliling sendi jadi mengeras dan melekat.
Tanda Tanda frozen shoulder ?
- Antara tanda yang jelas , kebanyakan pesakit mengadu mengalami sakit yang berdenyut denyut di waktu malam atau ketika waktu suhu yang sejuk , kebanyakan mereka jadi anti dengan aircond disebabkan rasa sakit ini.
- Tangan menjadi berat dan lemah , sampai ada ketika mereka katakan cawan pun tak boleh diangkat.
- bahu mengeras dan tak boleh digerakkan dengan arah yang betul
- Rasa sakit yang mencucuk dan sakit jika dipaksa gerak.
- Paling teruk sampai mengganggu tidur.
Peringkat Proses Frozen Shoulder.
Dalam peringkat ini , ianya memang mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi buat pesakit , ada ketika rawatan pemulihan boleh menjangkau lebih setahun untuk sembuh.
Ubat Ubatan / Suntikan
kebanyakan dan kebiasaan doktor akan memberi ubat penahan sakit hanya untuk mengurangkan sakit tetapi tidak membantu meningkatkan pergerakan sendi.
“Suntikan steroid dan lokal anestetik ke dalam sendi bahu glenohumeral dapat meredakan inflamasi, seterusnya mengurangkan sakit . Tetapi dalam peringkat ini pesakit hendaklah mengikut arahan Doktor seperti mengurangkan pergerakan yang agresif dan cuba mengambil ubat ubatan yang telah diarahkan.Pembedahan
Adalah amat amat jarang bahu dibedah jika kerana frozen shoulder , tetapi jika gumpalan tisu keras di dalam bahagian bahu tidak lembut atau hilang , maka pembedahan adalah salah satu alternatif yang terakhir.
Apakah peranan Fisoterapi.
Untuk permasalahan ini selalunya aim and goal adalah mendapatkan range atau jarak pada bahagian bahu dengan kadar yang konsistant , membantu mengurangkan sakit dan juga mengekalkan kekuatan otot otot di sekitar bahu.
Selalunya Terapi panas dan sejuk merupakan opsyen yang baik bagi merawat masalah sakit bahu ini dan ianya akan ditentukan dengan mengambil kira assesment yang dilakukan oleh therapist yang bertauliah.
senaman yang boleh dilakukan untuk masalah ini dan diamalkan dengan risiko yang minimal adalah
pendular exercise
Senaman Yang membantu melonggarkan sendi bahu , risiko sakit yang minimal , cuma perlu lakukan dalam bentuk putaran arah jam dan lawan jam.
Cara Begini lebih mudah dilakukan jika jari atau tangan menyelusur dinding secara perlahan lahan , dilakukan semampu yang boleh digapai.
bahu dirapatkan ke belakang bagi membantu mendapatkan postur yang baik dan juga mengurangkan ketegangan di bahagian leher dan bahu.
bahu secara perlahan lahan dibuka atau didepangkan , dan secara perlahan jatuhkan bahu ke tepi badan tanpa menekan ke arah leher.
boleh digunakan untuk membantu merenggangkan otot bahu depan dan juga mencantikkan postur tubuh serta membantu otot bahu depan direnggangkan.
Cara begini sesuai digunakan ketika baring dan ianya mengurangkan sakit serta membantu mengekalkan mobiliti pada bahu.
Senaman Asas ini adalah satu alternatif tetapi , perawatan yang betul adalah melalui profesional seperti DR dan juga Fisioterapi , oleh itu sebagai langkah yang lebih baik senaman ini sesuai dilakukan apabila di nasihat oleh pakar pakar bagi membantu mempercepatkan proses pemulihan anda.
Senaman seperti ini saya galakkan anda lakukan sekurang kurangnya 3 kali sehari pagi , petang dan malam serta dilakukan sebanyak 10x/20x bagi setiap jenis.
0 Response to "Physiotherapy dan Cara senaman serta rawatan Frozen Shoulder"
Post a Comment