Bismillahirahmanirahim...
asalamualaikum , hari nie nak share sikit tentang apa yang dikatakan pesakit ,
sudah menjadi lumrah buat saya apabila melakukan rawatan kepada pesakit pesakit dan mengenali setiap karakter mereka.
apabila dinamakan pesakit bermakna mereka adalah orang yang sakit dan kita sebagai perawat hendaklah mempunyai satu integriti atau etika di dalam memberikan perawatan yang baik buat mereka .tak dinafikan kadang kadang apabila sakit emosi pesakit akan terganggu dan mereka adalah dalam situasi yang memerlukan pemerhatian ,dimana sebagai ahli fisioterapi saya selalu menganggap ini adalah merupakan satu ibadah di dalam konteks perkhidmatan.
apa yang saya lakukan atas niat kerana Allah ta ala , kena marah dengan pesakit pun adalah merupakan pekara yang semestinya akan dihadapi oleh pengamal perubatan.
Dekat 15 tahun saya di dalam bidang ini saya melihat pelbagai ragam dan karenah manusia , ada yang menyalahkan takdir , ada yang istiqamah dengan masalah sakit mereka dan ada yang pesakit kadang kadang tak tahu nak jelaskan macam mana.
Saya melihat pesakit merupakan amanah yang diberikan allah kepada saya untuk merawat dan memberikan khidmat buat mereka ,cuma ada di kala waktu saya lebih terkilan kepada di kalangan ahli keluarga yang tidak dapat memahami situasi yang dialami oleh pesakit itu sendiri.
Tiada siapa yang ada di atas dunia ini inginkan sakit dan juga masalah ,tetapi allah maha mengetahui dan akan menguji hambanya bagi mereka yang mampu menghadapinya.
Bagi pesakit angin ahmar sokongan keluarga amatlah penting di dalam proses pemulihan mereka , dan saya selalu menekankan apabila pesakit stroke melalui proses pemulihan sekurang kurangnya 1 ahli keluarga mesti berada di sisi sebagai pembakar semangat dan juga sebagai teman buat pesakit , tetapi anak anak muda di zaman sekarang memikirkan apabila orang tua mereka mengalami masalah stroke ini , maka harapan untuk pulih sudah tiada , dan ada sesetengah mereka melepas tangan tanpa memikirkan bahawa org yang sakit itu adalah ibu bapa mereka sendiri.
Tahukan anda bahawa dalam proses acute stage of stroke proses pemulihan memainkan peranan yang penting buat mereka kerana dalam 3 bulan selepas serangan angin ahmar waktu itu merupakna waktu emas untuk proses pemulihan , bagi yang memahami masalah stroke ini selalunya waktu inilah mereka akan kejar untuk pulih , sebab itu apabila pesakit datang dan melakukan rawatan saya kerap menekankan kepada keluarga agar bersama dengan pesakit agar mereka melihat sendiri apakah latihan yang mampu diteruskan dirumah , kerana sebilangan pesakit hanya dapat meluangkan masa rawatan di fisio sekitar 2 jam sahaja dan 22 jam lagi ada di rumah. Sebab itu mereka perlu memastikan sekurang kurangnya senaman asas yang dipelajari mampu dilakukan 3 kali sehari .
ada sesetengah pesakit angin ahmar mudah give up dan putus asa , tetapi keluarga lah merupakan tunjang buat penyembuhan mereka , memang ada ketika mereka tidak mampu mengawal kemarahan dan akan temper secara tiba tiba , tetapi saya percaya dan melihat melalui pengalaman saya sendiri , pesakit yang mempunya sokongan keluarga yang kuat kadar pemulihan mereka sekitar 60% berbanding pesakit yang tiada mendapat sokongan dari ahli keluarga.
Kesimpulanya bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah stroke ini berikan sokongan dari segi masa dan juga kata kata semangat kerana dengan sokongan ahli keluarga akan memberi mereka perasaan dihargai dan secara zahirnya good feeling dari pesakit juga merupakan penyumbang kepada proses pemulihan mereka...
Wasalam..
0 Response to "Physiotherapy dan Pesakit Stroke"
Post a Comment