Bismillahirahmanirahim,
Untuk perkongsian ilmiah pada pagi ini saya nak kongsikan sedikit tentang cara atau tips yang boleh dilakukan bagi mengelakkan rasa sakit pada bahu selepas serangan angin ahmar.
Masalah sakit bahu yang dihidapi oleh pesakit stroke kerap berlaku disebabkan keadaan ahli keluarga yang kurang arif tentang penjagaan selepas serangan angin ahmar.
di sini saya sertakan tip tip ringkas untuk mengelakkan kecederaan ini berlaku.
- Untuk masalah sakit bahu ini elok dirujuk kepada pakar fisioterapi bagi mengetahui berapa kah aras kesakitan atau level yang dihidapi oleh pesakit.
- ikut segala arahan yang diajar oleh fisioterapi sebelum keluar dari hospital
- melakukan sebarang pemerhatian keadaan struktur otot , kulit dan juga tahap kesakitan yang dihadapi.
- belajar Teknik pegangan yang betul ketika melakukan aktiviti pergerakkan dengan pesakit seperti membantu pesakit berdiri atau berjalan.
- Belajar teknik penggunaan sling yang betul (Anduh Bahu)
- apabila pesakit duduk , pastikan ampu tangan serta bahu dengan bantal, dan pastikan level bahu tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.
- hanya lakukan senaman pada bahagian bahu apabila anda benar benar belajar dengan fisio tanpa memberi risiko kepada pesakit.
- apabila memakaikan pakaian lakukan pada bahagian tangan yang lemah dahulu dan diikuti dengan tangan yang kuat.
- Pastikan anda tidak merentap atau menarik tangan pesakit yang lemah ketika pesakit berjalan dan , menukar posisi.
- Elakkan menggunakan overhead pulley ketika kesakitan bahu sedang akut.
Insha allah tip tip ini adalah ringkas dan dapat memberikan sedikit tentang pencegahan yang mampu kita lakukan tanpa memberi kemudaratan buat pesakit..
0 Response to "Physiotherapy dan Tips Cara Mengelakkan sakit bahu selepas stroke"
Post a Comment