Physiotherapy untuk cara mengatasi Masalah Berdengkur

Tips Atasi Masalah Dengkur

Bismillahirahmanirahim...

Masalah berdengkur adalah satu masalah yang paling sinonim dengan manusia , kerana ianya melalui pengalaman saya sebagai ahli fisioterapi kita boleh melatih kekuatan sekitar otot dalam mulut dan lidah kita .
Dengkur boleh terjadi kepada sesiapa sahaja , dan ianya merupakan masalah yang serius jika tidak diatasi dalam psikologi dan juga persekitaran sekeliling , mesti anda pernah terbaca yang ada pelajar di sebuah university di luar negara yang membunuh rakan sebilik dengan menekup bantal ke muka akibat tidak tahan dengan dengkuran yang kuat. Sebab itu saya katakan ianya mampu mengundang masalah jika kita tidak cuba untuk mengatasinya.

Tips senaman yang boleh saya kongsikan dan diamalkan sendiri oleh saya ..

  1. sebelum dan selepas bangun tidur lakukan gargle dengan air suam sekitar 15 saat sambil melontarkan huruf vokal A E I O U, ianya dilakukan bagi menguatkan otot otot di sekitar kawasan anak tekak.
  2. apabila melakukan senaman ini pastikan kita secara perlahan lahan menambahkan masa untuk menahan gargle air itu dari 15 saat ke 20 saat.
  3. senaman kedua gunakan straw minuman dan cuba tiup dalam air selama yang kita mampu , selain menguatkan otot mulut ,senaman ini juga mampu menguatkan rongga pernafasan dan paru paru.
  4. Untuk senaman otot lidah , tolakkan lidah anda kesisi pipi kiri dan kanan , mulakan dengan kanan dahulu dan tahan sekitar 10 saat dan dilakukan sebanyak 3 kali , ini bermakna anda melakukan tolakan lidah sekitar 30 kali dalam satu sesi senaman.
  5. Kemudian tolakkan lidah ke lelangit dan ditahan juga sekitar 10 saat ,dan dilakukan 3 kali 
  6. Tolakkan lidah ke gigi depan dan kebawah ,tahan sekitar 10 saat dan dilakukan 3 kali .
  7. salah satu cara lagi untuk menguatkan otot lidah anda boleh gunakan sudu kecil ,letakkan di atas lidah dan cuba guna kekuatan lidah dan tolakkan sudu itu ke arah lelangit sambil sudu itu menahan atau melawan lidah tanpa memberikan ia naik keatas.
Senaman ini bukanlah merupakan senaman yang ajaib , ianya perlu dilakukan sendiri dan perlulah konsistant , saya menggunakan senaman ini keatas saya sendiri dan menciptakan mengikut kemampuan saya sendiri dan alhamdulillah , apabila diajar kepada pesakit saya ianya memberikan gambaran yang positif dan mampu mengurangkan masalah dengkuran yang kronik.

Wasalam....
Tags :

0 Response to "Physiotherapy untuk cara mengatasi Masalah Berdengkur "

Post a Comment