Physiotherapy dan Kebaikan Habatus sauda

Habbatus sauda

Bismillahirahmanirahim.
Tahukah anda apa itu jintan hitam , kadang kadang dalam masyarakat kita apabila berlaku satu fenomena tentang pemakanan ianya akan menjadi satu viral dan juga hebahan yang cepat , jika melihat keadaan masa kini  , terdapat bermacam macam penyakit dan juga kuman yang suatu ketika dulu dianggap sudah berjaya di kekang sekarang muncul kembali.

Pernahkah anda mendengar hadis ini


Saya tidak nafikan pada mulanya saya seorang yang percaya tentang perubatan dan juga ubat ubat moden , tetapi alangkah cantiknya islam kerana Allah telah mengutuskan rasulnya untuk membimbing kita dan juga menunjukkan contoh yang baik dan harus kita ikuti .
kepercayaan saya pada habatus sauda adalah bermula ketika 2009 iaitu waktu itu saya menghidap demam viral dan juga acute tonsilitis yang amat teruk sekali , sepanjang saya terlibat dalam bidang kesihatan ini saya amat bergantung kepada antibiotik yang diberikan oleh Dr , tetapi demam dan tonsil saya menjadi semakin parah sehinggakan rasa waktu itu hilang segala nikmat makan , bau, dan juga rasa . sehinggalah saya terbaca suatu artikel mengenai habatus sauda ini.
Dengan bantuan isteri dan ibu saya mereka pergi membeli kapsul habatus sauda dan bermulalah saya mengamalkanya sebagai salah satu pemakanan sunnah . Alhamdulillah dengan izin Allah SWT selepas mengambil habatus sauda dalam 2 hari saya sudah boleh makan dan juga minum tanpa rasa sakit yang teruk pada bahagian tekak serta tonsil. Saya percaya kebaikan habatus sauda sebenarnya jarang masyarakat kita mengambil tahu , dan ianya telah dikaji oleh saintis yang khasiatnya amatlah banyak disini saya nyatakan antara kajian yang telah dilakukan oleh para penyelidik dari seluruh dunia tentang khasiat habbatus sauda ini serta manfaat nya yang boleh kita ambil bagi salah satu cara mencegah penyakit yang terlalu banyak dan sukar diatasi pada zaman ini

Tumbuhan Habatus sauda dan Bijian hitam dari bunganya.
 
Meningkatkan Imuniti dan kekebalan tubuh .
Ini saya akui sendiri dengan pengambilan habatus sauda secara konsistant dan juga mengamalkan pemakanan sunnah ini , saya dapati batuk dan selsema agak sukar datang dan menyerang saya ,jika terkena dengan izin Allah 3 atau 4 hari ianya akan kebah cuma pengambilan masa jangkitan saya tambahkan 4 kali sehari .
  • Meningkatkan fungsi kekebalan tubuh ”.
    US. Patents Section, Antiviral Agents Bulletin # 5, 482, 71
  • “ Habbatus Sauda’ memiliki peranan yang penting pada pencegahan tumor & kanser. Pada penggunaannya dalam waktu yang lama minyak Habbatus sauda’ memperkuat sistem kekebalan tubuh. Selain itu dapat mempercepat pembelahan sel”. Dr. Stanley Kopok, University of Arizona,USA 

  • Surat Khabar pernah menyiarkan suatu masa dulu
Meningkatkan penghasilan hormon yang baik .
Kajian yang dilakukan oleh saintis ianya mengakui , khasiat habbatus sauda ini merupakan salah satu alternatif rawatan kemandulan kerana bahan bahan semula jadi di dalam bijian hitam ini meningkatkan otak dalam merangsangkan penghasilan hormon kesuburan.
  • “ Habbatus sauda’ mempunyai lebih dari 100 bahan aktif dengan berbagai khasiat penyembuhan. Salah satunya adalah impotensi.”
    Black Cumin, The Magical Egyptian Herb, Dr. Peter Schleicher, M. D.
    Dr.Mohammed Saleh, M.D., Egypt 
Anti Kanser dan tumor
Diakui bahawa kajian terbaru para saintis ,mereka melakukan kajian kepada beberapa jenis kanser dan tumor , hasil dari pengambilan habatus sauda ini ianya mampu mencegah dan juga mengelakkan kanser berlaku pada tubuh badan manusia , ini kerana bijian hitam ini mengandungi bahan bahan anti kanser serta radang .
  •  Habbatus sauda’ merangsang aktiviti sumsum di tulang & imuniti sel serta pengeluaran terferon, melindungi sel-sel normal melawan virus perosak sel, melawan sel tumor, dan meningkatkan antibodi yang mengeluarkan sel B”.
    Cancer Immuno-biology, South Carolina 
Mengurangkan Penat Dan lesu badan.
Ini diakui oleh saya sendiri , sebagai juruterapi anggota apabila merawat pesakit stroke dan juga spinal cord injuries ianya betul betul memakan tenaga , sehingga ada ketika saya rasa badan saya menyerap segala keletihan dan kelesuan yang dialami oleh pesakit saya , tetapi apabila mula mengamalkan habatus sauda ini , masalah kelesuan ini berjaya saya atasi dan alhamdulillah saya dapat memberikan fokus kepada kerja saya , 
  • ” Dengan pengambilan Nigella Sativa dapat melawan kelesuan ”.
    ” Sebagai tambahan sebaiknya habbatus sauda’ dimakan dengan Madu dengan perbandingan 2:1 ”. Dr. Mohammed Saleh, Kairo-Mesir
Melawan kuman selsema dan batuk serta allergic
Seperti saya nyatakan tadi khasiat habatus sauda ini mampu melawan dan mengatasi kuman bawaan airbone kerana bahan bahan di dalam bijian ini merupakan anti histamin yang boleh mengatasi masalah alergic , adik bongsu saya mempunyai masalah alergic yang serius sehingga perlu bergantung kepada ubat ubatan , tetapi dengan habatus sauda masalah alergic serta selsema beliau berjaya diatasi .
  • “ Habbatus sauda’ terbukti memiliki kesan aktiviti anti-histamin, anti-oxidant, anti-biotic, anti -mycotic dan penentang Bronchitis”. 
    Study of Black Seed Oil on Humans, American Scientists
  • ” Habbatus sauda’ terbukti menyembuhkan 70 % penderita alergi, termasuk di dalamnya alergi serbuk dan debu juga jerawat, serta neurodermitis ( penyakit kulit), asthma dan lemahnya daya kekebalan tubuh. Mengambil habbatus sauda’ secara teratur dapat menahan secara baik penyakit flu ”.Dr. Peter Schleicher, Immunologie, München-Jerman
Penambahan Susu Ibu
Isteri saya mengalami pengalaman ini sendiri , dengan pengambilan air rebusan habatus sauda ini alhamdulillah penghasilan susu badan buat anak saya mampu dihasilkan dengan baik , ianya diakui sendiri oleh pengeluar milk booster , jika anda lihat isi kandungan ianya pasti menggunakan bahan dari bijian hitam ini , tetapi saya lebih gemar merebus air habatus sauda ini dan mencampurkan sedikit madu bagi membantu penghasilan susu ibu ini buat anak saya.
  • “ Kombinasi bahagian lipid dan struktur hormon dalam Nigella Sativa dapat meningkatkan air susu bagi ibu menyusui” 
    University Pochefstroom
Membantu mengatasi masalah sembelit
Sahabat baik saya mempunyai masalah sembelit yang serius kerana pola pemakanan beliau amatlah tidak seimbang kerana kesibukan bekerja , sebab itu beliau mengalami masalah ini , kadang kadang dia menceritakan kepada saya pelbagai minuman susu kultur sudah diminum dan beliau juga memakan serat bagi mengatasi masalah sembelit ini , apabila membuat pemeriksaan dengan Dr , ianya normal , sehinggalah beliau memakan habatus sauda sebagai rutin pagi dan malam , alhamdulillah dengan izin Allah proses pembuangan air besar beliau menjadi normal.
  • ” Nigella Sativa mengandungi minyak eter yang dapat membantu pencernaan & mengurangi masalah usus ”. 
    Prof. Dr. Hildebert Wagner, Institut fur Pharmazeutische Biologie, München - Jerman
Habatus sauda dari nilai sejarah dan perawatan islam

  • Sejarah telah menceritakan kelebihan bijian hitam ini dimana Al Bukhary meriwayatkan dari Aisyah r.anha bahawa dia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda : “ Sesungguhnya di dalam Habbatus sauda’ terkandung kesembuhan untuk segala penyakit, kecuali as sam. Aku bertanya, “Apakah as sam itu?” Beliau menjawab, “Maut”
  • Dalam riwayat Muslim disebutkan : “Tidak ada satupun penyakit melainkan di dalam habbatus sauda’ terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian.”

Habbatus Sauda membantu memperkuat metabolisma, pencernaan dan menurunkan kadar kandungan gula didalam darah. bijian hitam  ini juga berguna dalam pengawalan diabetes militus. Dalam masalah pencernaan, Habbatus Sauda membantu merangsang cairan hempedu dan mendorong peraliran (darah), memperbaiki pencernaan dan telah digunakan untuk melawan cacing serta parasit pada saluran usus.
Habbatus Sauda merupakan makanan sunnah yang dapat digunakan oleh setiap orang. Bahan ini tidak memiliki efek sampingan dan memiliki sejarah panjang tentang penggunaannya selama beberapa ratusan tahun ini dibuktikan para ilmuwan islam dahulu 
  • Di dalam Kitab At Tibbun Nabawi (Pengobatan Cara Nabi yang ditulis oleh Ibnu Qayyim AlJauziyah ). Habbatus Saudah yang dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barakah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda dapat mengubati sekitar 50 macam penyakit tanpa kesan samping. Subhaanallah.
  • Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. 
  • Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Subhanallah hebatnya tumbuhan yang diciptakan oleh Allah ini , apa yang ingin saya tekankan habatus sauda ini hanyalah Asbab atau perantara sahaja , tetapi segala bentuk kesembuhan adalah datang dari Allah SWT , kerana setiap penyakit yang dirturunkan Allah pasti ada penawarnya , dan Rasulallah sendiri telah menggunakanya ,rugilah kita sebagai umat nya kerana tidak mengamalkanya sedangkan di negara barat mereka mengkaji dan menggunakan ia sebagai salah satu alternatif rawatan mereka. Wallahuaklam..





Tags :

0 Response to "Physiotherapy dan Kebaikan Habatus sauda"

Post a Comment