Physiotherapy dan Khasiat Mandi awal pagi


Bismillahirahmanirahim , Hari nie nak kongsikan sedikit tentang kelebihan mandi di awal pagi. Apa yang kita tahu waktu pagi  merupakan waktu yang tepat untuk memulakan pelbagai aktiviti. Saya rasa semuanya setuju udara yang paling sedap dihidu adalah udara pada waktu pagi, Udara pada waktu pagi merupakan udara yang bersih dan juga mengandungi Oksigen yang tinggi untuk larut di dalam air.  Kajian ini yang menyebabkan kandungan zat air itu pada pagi hari menjadi lebih baik untuk kesihatan tubuh.
Kita sering dimomokan mandi terlalu awal pagi akan menyebabkan kita jatuh sakit , tetapi tahukan anda kajian yang dilakukan kepada mereka yang mandi awal sebelum masuk waktu subuh ,system ketahanan badan mereka naik 3 kali ganda daripada biasa , ini secara tidak lansung akan memberikan kita tubuh badan yang sehat.
Kajian yang dilakukan di Jepun terdapat 3 gaya hidup sehat yang boleh dilakukan sebelum jam 6 pagi iaitu berolahraga, minum air putih, dan mandi. Mandi pagi merupakan salah satu aktiviti yang sulit dilakukan sebagian orang ini kerana kebanyakan orang memberikan alasan karena kesejukan air di pagi hari  akan membuat anda rasa malas untuk mandi awal pagi
Disini saya nyatakan kelebihan dan manfaat mandi di awal pagi.



1.       Membaiki system peredaran darah
Kajian terbaru yang dilakukan oleh saintis di UK ,mereka mendapati memandi di waktu pagi akan mengaktifkan tubuh badan dengan belakunya pengembangan dan pengecutan salur darah di atas keaktifan jantung berdengup dengan pantas hasil ransangan air sejuk , ini akan menyebabkan suhu badan manusia akan naik bagi mengekalkan suhu badan yang normal. Kebaikan yang dilihat ialah pengaliran darah manusia akan menjadi lancer dan juga menjadikan tubuh badan merasa segar.

2.       Membantu penghasilan darah Putih .
Sel darah putih merupakan salah satu system pertahanan badan untuk melawan kuman dan bakteria yang menyerang manusia , dengan mandi di awal pagi system kekebalan tubuh akan diaktifkan kesan dari pada peningkatan penghasilan darah putih yang berlaku kesan dari tindak balas otak dan juga sum sum tulang.

3.       Pengurangan Masalah Rheumatik
Air yang dingin di waktu pagi juga merupakan salah satu anti inflamasi kepada sendi , ini kerana kajian menunjukkan suhu air diwaktu pagi mampu mengurangkan kesakitan yang terhasil daripada kesan inflamasi pada sendi.

4.       Mengurangkan Stress
Secara tidak lansung , dengan memandi di waktu pagi ianya akan menyebabkan otak menerima darah beroksigen yang tinggi kesan daripada serapan Oksigen yang baik di paru paru dan juga ianya merupakan salah satu cara otak menjadi segar , secara tidak lansung ianya membuatkan badan anda bersedia dan juga rasa relaks.

5.       Membantu mengurangkan risiko menghidap darah tinggi.
Dengan melancar kan system pembuluh darah , mandi pagi juga dipercayai  mampu mngurangkan bacaan darah tinggi  hasil daripada peningkatan system saluran darah yang baik.

6.       Mengurangkan Bacaan Gula
Ada kajian juga mengaitkan , bacaan gula mampu diturunkan kesan daripada memandi di awal pagi , ini kerana  jantung akan bertindak aktif dalam mengepam darah yang akan mengakibatkan pembakaran gula sebagai bahan tenaga di awal pagi.

7.       Membantu meningkatkan Kesuburan.
Selain itu memandi di awal pagi juga dipercayai dapat membantu tubuh badan meningkatkan hormone  testosterone pada lelaki serta hormone estrogen pada wanita,

8.       Meningkatkan pengaliran system limfa
Mandi pagi dapat membantu tubuh badan mengaktifkan system perjalanan limfa , yang mepunyai hubung kait dalam system darah putih manusia. Sistem ini merupakan system yang terhasil daripada berlakunya kontraksi pada otot tubuh badan manusia , yang secara tidak lansung akan membantu tubuh badan mendapat system yang baik.

9.       Membantu proses penurunan berat badan.
Siapa yang sangka , dengan mandi di awal pagi system kardiovaskular akan membantu tubuh membakar lemak dengan pantas bagi menghasilkan haba , secara tidak lansung ianya membantu tubuh badan kita  mengekalkan berat yang ideal.

10.   Mengatur Suhu Tubuh
Manfaat mandi di awal pagi merupakan salah satu cara tubuh badan kita dapat meresetkan suhu badan yang optimum iaitu 37 darjah celcius , hasil dari ini suhu badan kita merupakan suhu yang sihat dan membantu kita menjalankan aktiviti tanpa ada rasa lemah dan lesu.

Dalam islam sendiri kita digalakkan mandi dan berwudhu sebelum melakukan solat subuh , secara tidak sengaja pekara ini telah memberikan manfaat yang amat baik sekali pada tubuh badan kita tanpa kita sedari , kajian yang dilakukan inilah merungkaikan kebaikan mandi di awal pagi . Wallahuaklam..



Tags :

0 Response to "Physiotherapy dan Khasiat Mandi awal pagi"

Post a Comment