Physiotherapy Dan Pengurusan Stress

Cara Menguruskan Stress Di tempat kerja .



Bismillahirahmanirahim , Siapa di atas dunia ini tidak pernah ada rasa stress , agak mustahil jika kehidupan kita hanya Happy Go Lucky sahaja bukan , sebenarnya stress ini ada kebaikan dan juga keburukan , andai kata didalam kehidupan manusia ini tiada stress mungkin tidak akan ada sebarang pekara yang akan kita siapkan .Kebanyakan kehidupan yang kita lalui masa kini boleh dikatakan zaman yang amat mencabar , dan kehidupan seperti inilah penyumbang kepada stress. Kadangkala situasi seperti ini akan mengakibatkan kita tidak mampu  untuk membuat keputusan yang baik dan kehidupan kita akan mengalami ketidak seimbangan apabila semakin dibebani tugas dan juga masalah yang mengakibatkan kita stress.

Tahukah kita , ada waktunya kita akan menjadi kecewa melihat betapa sedikit sahaja keputusan yang baik dalam kerja yang kita usahakan dengan gigih, adakalanya kita menjadi terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk bercuti mahupun merehatkan diri kita apabila terlalu sibuk dengan kerja.Andai kata situasi ini melanda kehidupan kita , ini bermakna kita perlu mencari jalan yang berkesan didalam menguruskan dan juga mengawal stress dalam rutin kehidupan harian kita .

Disini saya ingin kongsikan Tips yang boleh kita jadikan panduan sebagai membantu kita menguruskan masalah stress ini.

Cuba Amalkan susunan jadual rehat yang teratur.


Sebagai contoh , jika dalam waktu minggu itu kita dibebani kerja yang terlalu padat dan juga dateline yang dekat , cuba anda biasakan diri anda dengan menjadikan hujung minggu itu sebagai satu waktu yang privasi untuk diri anda sendiri bersama dengan keluarga , tetapi saya boleh katakan masa sekarang masyarakat lebih gemar menggunakan hujung minggu itu sebagai waktu mereka menyiapkan tugasan .Tahukah anda Quality time adalah diwaktu hujung minggu dimana kita offkan Handphone kita dan lakukan apa saja aktiviti yang boleh merehatkan minda kita , hormati waktu cuti hujung minggu itu sebagai waktu anda beristirehat.

Biasakan belajar berkata TIDAK.


Saya mendapatkan Tips ini dari Guru saya sendiri dimana dia mengetahui kelemahan saya ialah kerap mengasihi orang dan mudah sangat berkata Ya, disini saya ingin kongsikan sekiranya kita kerap berkata YA setiap kali seseorang memninta bantuan kita ianya sebenarnya  kita telah menambahkan beban kepada diri kita sendiri , ada waktunya pengawalan kerja yang efektif ialah kita mampu mengawal tugasan tugasan yang perlu kita lakukan dan kita perlu belajar bertegas dengan adakalanya berkata tidak , dengan kita hendaklah memastikan matlamat yang jelas dan fikirkan akibat jika mengambil terlalu banyak tugasan serta belajar menjadi adil kepada diri kita sendiri.

Ada waktu sendiri bersama pasangan dan keluarga.


Jika dilihat keadaan masa kini , kehadiran gadjet membuatkan kita semakin lupa cara yang paling mudah bersosial dengan keluarga , ada ketika HP lebih penting dari masa yang perlu diluangkan bersama dengan keluarga , jika  perlu apabila berkumpul dengan keluarga terutama di meja makan HP anda itu silentkan dan simpan di laci ,kunci jika perlu ambil kembali sesudah makan bersama , permulaanya agak sukar tetapi hasilnya saya boleh katakan itulah waktu yang paling dihargai oleh keluarga kita.

Tidur yang Cukup

Manusia memerlukan sekurang kurangnya 6 jam ke 8 jam untuk waktu tidur , tetapi fenomena ini semakin berubah dengan kehadiran gadjet yang semestinya menyebabkan kita akan melakukan aktiviti ini dahulu sebelum tidur dan tanpa sedar cahay ultra biru yang terpancar di screen HP akan mengakibatkan otak kita menerima gelombang supaya tidak tidur dan ini akan mengakibatkan kita kekurangan tidur tanpa sedar , quality tidur kita menjadi semakin lemah dan akan mengakibatkan fizikal kita semakin stress , oleh itu disiplinkan diri kita dengan menyimpan HP pada tempat yang sukar dijangkau seperti di hujung katil dan di dalam almari baju.

Mulakan Dengan Hobi baru .


Salah satu cara yang boleh menguruskan stress kita ini ialah melakukan sesuatu hobi yang baru dan hobi ini boleh saya katakan hobi yang berkaitan dengan sosial sesama manusia seperti menjadi ahli sukarelawan bagi badan badan kebajikan , di mana jika kita melakukan aktiviti ini sedikit sebanyak ianya menimbulkan rasa positif yang membawa kita keluar dari kotak pemikiran kita sendiri , sedikit sebanyak kita akan dapat merasakan satu kepuasan pada diri kita sendiri.

Luangkan Masa Bersama Rakan Rakan 

Ianya merupakan satu cara yang paling baik dalam mengatasi masalah stress ini , luangkan masa bersama sama rakan rakan dengan mengelakkan bercerita tentang perihal di tempat kerja , biasakan berjumpa rakan rakan ,kerana kajian menunjukkan hubungan bersama rakan rakan yang positif akan menghasilkan satu hormon penenang iaitu endorphin yang membantu kita merasa selesa dan juga terhibur.

Senyum dan Ketawa .

Kata orang putih Laughter is the best medicine , ianya memang betul dan selalunya kita akan rasa rileks dan happy jika diri kita dihiburkan , salah satu cara yang mudah ialah downloadkan apa jua bahan lawak yang boleh kita lihat ketika waktu stress dan selalunya apabila kita melihat cerita atau membaca himpunan bahan bahan jenaka ianya akan memberi sedikit kelegaan jika waktu itu kita mengalami stress.

Lakukan Riadah dan aktiviti fizikal.


Ianya merupakan satu rutin yang amat baik jika dapat diamalkan , lakukan aktiviti seperti berjoging , berbasikal , berjalan kaki di taman atau pusat riadah dan bersukan di Gym , apabila kita melakukan senaman seperti kick boxing dan juga muay thai , kita dapat lepaskan stress kita ke Punching Bag , ianya sedikit sebanyak akan menyebabkan kita hilang stress dan juga badan kita mendapat bonus iaitu Otak yang cerdas badan yang cergas.

Melihat Kehijauan Alam.

Sukar untuk pergi ke hutan dan juga menikmati pemandangan hijau , disini saya ingin kongsikan bahawa gunakan teknologi yang ada seperti laptop atau komputer kita ini dengan dekstop yang melihatkan pemandangan flora dan fauna , jika boleh gunakan screen saver yang mempunyai bunyi ombak ,air terjun dan juga kicauan burung , kerana bunyi dan suasana ini merupakan sajian kepada otak kita .

Dekatkan diri kita dengan Pencipta iaitu ALLAH SWT.


Inilah penawar yang paling berkesan didalam merawat penyakit stress ini , Kita ada ALLAH untuk mengadu dan memohon bantuan , 5 kali sehari untuk berjumpa dan meluahkan segala apa yang terjadi , tetapi kita lupa kepadanya dan kita lebihkan fikiran kita dengan bebanan kerja, banyakan berzikir dan mendengar alunan al quran atau membaca nya Insha Allah hati akan menjadi tenang.

Setiap orang mempunyai cara yang berbeza beza didalam mengawal stress mereka , tetapi cara yang saya lakukan ini adalah lebih kepada menasihati diri saya sendiri dan juga ingin berkongsi kepada umum andai kata ianya membantu alhamdulillah ,apa yang penting punca penyakit kronik sperti Hipertensi , kencing manis dan jantung berkait rapat dengan STRESS . Wallahuaklam..
Tags :

0 Response to "Physiotherapy Dan Pengurusan Stress"

Post a Comment